Friday 5 April 2013

Kata Imam Ghazali rah.a…

Dalam Al-Ihya menulis: Dalam diri manusia terdapat 4 sifat:
  1. sabiyah (kebuasan)
  2. bahimiyah (kebinatangan)
  3. Syaithaniyah (kesyaitanan)
  4. Rabbaniyah (ketuhanan)
Jika sifat rabbaniyahnya berhasil mengalahkan dan  mengendalikan ketiga sifat yang lain, maka akan timbul sifat-sifat yang baik seperti:
  • menjaga kehormatan diri (iffah)
  • cukup dengan apa yang ada (qanaah)
  • tenang
  • zuhud
  • wara’
  • takwa
  • malu
  • jujur
  • berani
  • dermawan
  • sabar
  • suka menolong
  • tahan menderita
  • suka memaafkan
  • teguh pendirian
  • mulia
  • pandai
  • selalu ceria (senyum)
dan sebagainya.

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amiin…

Thursday 21 March 2013

Jom audit diri kita!!!!

♥ Jadikanlah AL-QURAN itu SURAT CINTAMU sepanjang masa. Tidak usang dan dimakan kutu akibat disimpan lama di dalam almari.. Bacalah AL-QURAN walaupun satu muka surat pada setiap hari. AL-QURAN memberi petunjuk ke jalan yang benar ♥



kata-kata semangat, kata-kata motivasi

 Kata Kata Motivasi Mario Teguh

Apa yang perlu dikongsi hari ini????

Mana tahu..
••► Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
••► Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
••► Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
••► Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
••► Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah...





C - Cinta sebelum berkahwin , biar sederhana , tak melanggar batas agama ,
I - Impian rumahtangga dirancangkan bersama ,
N - Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan ,
T - Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang ,
A - Amalkan perintah Tuhan, In Shaa Allah bahagia membawa ke syurga :D




Ketika kaki tersesat tak tentu arah
Ketika bahu melemah tiada sandaran
Ketika hati perih tiada pengubat

♥ Hasbunallah wanikmal wakil
Cukuplah Allah Menjadi Penolong Kami

♥ La Tahzan Innallaha Ma'ana
Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita

♥ Innallaha ma'asshobirin
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar

~Jangan pernah mengira kita sempurna dalam bersendirian, kerana Allah akan senantiasa ada, menjadi petunjuk, penenang, tempat bersandar, pengubat luka..:)

Saturday 9 March 2013

Koleksi himpunan kata ustaz azhar idrus


Sesuatu yang kita perlu tahu..

Perkongsian kata-kata hikmah

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan